Calon 'heavyweight' pindah kerusi baharu, strategi atau makan diri?
Iklan
UMUM mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap sebagai medan 'testing ground' paling penting dalam menguji kekuatan parti-parti politik di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berikutan itu, sejumlah 10 parti sudah mengesahkan kesediaan menguji sejauh mana penerimaan segmen 750,000 pengundi baharu berusia 18 tahun dan didaftar secara automatik terhadap mereka melalui pilihan raya negeri itu.