Isu kelewatan projek pembinaan

Iklan
Kelewatan itu akan membawa kepada pelbagai kesan negatif seperti projek terbengkalai, kerugian kewangan, reputasi buruk kepada pihak yang terlibat dan isu undang-undang. - Foto 123RF

INDUSTRI pembinaan merupakan salah satu pemacu ekonomi utama Malaysia kerana industri itu mampu menawarkan impak merentasi pelbagai sektor seperti komersial, kediaman, perindustrian, infrastruktur, tenaga dan utiliti.

Terdapat pelbagai projek pembinaan di dalam perancangan untuk meningkatkan pertumbuhan seperti menambah baik sistem pengangkutan, infrastruktur untuk sektor pelancongan dan pembinaan rumah mampu milik.

Memandangkan industri pembinaan sedang berkembang dari tahun ke tahun, banyak cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaannya. Cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan projek pembinaan ialah kelewatan. Setiap aktiviti dalam projek pembinaan berkait rapat dengan masa dan kos.

Dukacitanya kelewatan sering terjadi di dalam projek pembinaan. Kelewatan disifatkan sebagai satu peristiwa yang menyebabkan tempoh masa yang lebih lama diambil untuk menyiapkan keseluruhan atau sebahagian projek dan ia melebihi tarikh penyiapan yang dinyatakan dalam kontrak.

Kelewatan itu akan membawa kepada pelbagai kesan negatif seperti projek terbengkalai, kerugian kewangan, reputasi buruk kepada pihak yang terlibat dan isu undang-undang. Projek pembinaan melibatkan tugasan yang kompleks memerlukan semua pihak yang terlibat (pemaju, kontraktor dan perunding) untuk menjalankan tanggungjawab tertentu.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.