Bahan alami lestari kesihatan

Iklan
Memanfaatkan sumber bahan alami dalam kehidupan seharian bukan hanya mempunyai kebaikan kepada kesegaran makanan yang dikonsumsi malah turut mendidik diri dan keluarga serta masyarakat daripada ancaman pencemaran penggunaan plastik dan polisterin berlebihan.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

TABUNG Alam Sedunia (WWF) Malaysia melaporkan, Malaysia merupakan pengguna plastik kedua terbesar di Asia dengan purata setiap individu menggunakan 16.78 kilogram plastik setahun. Sektor yang paling banyak menyumbang kepada penggunaan plastik adalah sektor pembungkusan. Penggunaan plastik dan polisterin untuk membungkus makanan adalah amalan biasa dalam kalangan pengguna. Namun, adakah selamat jika menggunakan plastik untuk membungkus makanan khususnya makanan panas? Tiga bahan asas dalam membuat plastik adalah flatat, bisfenol A (BPA) dan dicampur juga dengan bahan polibrominat bifenil eter (PBDEs). Flatat adalah bahan paling banyak digunakan dan berfungsi melembutkan plastik yang keras. BPA adalah bahan yang menjadikan plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar manakala PBDEs menjadikan plastik kalis air. Campuran bahan bertoksik seperti pewarna dan pewangi dalam penghasilan plastik mendedahkan lagi risiko bahaya kepada manusia.

Perpindahan bahan kimia daripada plastik kepada makanan atau minuman yang dibungkus boleh berlaku sekiranya penggunaan bahan plastik tersebut disalah guna. Pendedahan suhu tinggi terhadap plastik boleh meningkatkan kadar migrasi bahan kimia plastik.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.