Ini DUN paling menarik PRN Johor
Iklan
SEKITAR 10 hari lagi kita akan menyaksikan rakyat Johor membuang undi memilih 56 ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) itu. Seramai 239 calon mewakili pelbagai parti disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15 pada hari penamaan calon Sabtu lalu.
Apa yang menarik, PRN Johor kali ini banyak mencatatkan sejarah baharu buat landskap politik di Malaysia yang mana PRN ini merupakan pilihan raya ketiga selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Ogos 2021. Ia juga menjadi yang pertama di mana pengundi berumur 18 hingga 20 tahun layak mengundi selepas pewartaan pindaan perlembagaan pada 15 Disember 2021.