PN mampu dapat majoriti mudah di Johor

Iklan
DR SAHRUDDIN

Calon PN DUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal yakin PN mampu bentuk kerajaan selepas peroleh sekurang-kurangya 'simple majority' dalam PRN Johor nanti

JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu mendapat kerusi mencukupi atau melebihi 'simple majority' untuk membentuk kerajaan negeri baharu di Johor sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 12 Mac nanti.

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Johor merangkap bekas Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, beliau tidak boleh mendedahkan jumlah tepat kerusi bakal dimenangi oleh PN pada PRN kali ini, namun ia cukup untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRN nanti

"Saya tidak boleh mendedahkan jumlah tepat namun bilangannya melebihi majoriti mudah dan membolehkan PN membentuk kerajaan negeri Johor baharu selepas PRN nanti," katanya dalam temu bual eksklusif bersama wartawan Sinar Premium di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr Sahruddin berkata keyakinan itu adalah berasaskan semua parti komponen PN termasuk Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan sudah membuat persiapan awal, sebelum pengumuman pembubaran DUN Johor lagi.

"Ini kerana kita sudah tahu bahawa MB Johor akan memohon perkenan Sultan Johor untuk membubarkan DUN pada bila-bila masa sahaja biarpun ia sebenarnya bukan satu keperluan mendesak sekarang.

"Justeru di peringkat Bersatu saya sudah menggerakkan dan memastikan semua ketua bahagian dan jentera parti bersiap sedia kerana PRN Johor akan diadakan pada bila masa sahaja.

"Indikator kita apa? PRN Melaka di mana tiada angin tetapi tiba-tiba UMNO membubarkan DUN Melaka kerana beberapa ADUN umum lompat parti. Kejadian itu memberikan kita 'hint' atau petunjuk bahawa insiden sama juga mungkin akan berlaku di Johor dengan 1,001 alasan tidak munasabah di pihak UMNO," katanya.

Ditanya sama ada Bersatu mampu memenangi semula 11 kerusi disandang mereka sebelum ini, Dr Sahruddin berkata, beliau beryakinan partinya berpotensi menang lebih banyak kerusi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 lalu.

"Saya cukup yakin kita bukan hanya boleh mempertahankan 11 kerusi berkenaan, malah jumlahnya mungkin bertambah pada PRN Johor kali ini.

"Apa yang penting kerjasama antara parti gabungan PN dan gerak kerja Bersatu di bahagian berkenaan sendiri. Apabila Bersatu, Gerakan dan Pas dapat bergerak bersama, saya yakin kita bukan hanya dapat mempertahankan kerusi berkenaan, malah menambahkan lagi bilangannya.

"Apa lagi kita lihat kerusi di mana wakil rakyat PN menunjukkan prestasi cemerlang seperti saya sendiri, YB Solihan dan YB Tosrin serta beberapa YB di Kota Tinggi. Kami sentiasa bekerja untuk membantu masyarakat dan memastikan pembangunan di kawasan kami berjalan dengan sempurna," katanya.

Dr Sahruddin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pertembungan paling sengit antara Bersatu dan UMNO di kebanyakan kerusi terletak di bahagian Timur Johor.

"Cabarannya menang cukup hebat namun saya cukup yakin kita mampu menang kerana kebanyakan YB kita sebelum ini pun menang di kawasan utara dan timur Johor. Jadi insya-ALLAH tiada masalah kerana kebanyakan YB Bersatu sentiasa turun padang membantu penduduk menghadapi masalah," katanya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.