PRN Johor uji kerelevenan MCA, DAP
Iklan
KOSONG kerusi lawan 14 kerusi. Itu nisbah keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Dewan Undangan Negeri Johor pada 2018 antara MCA dan DAP yang rakyat sedia maklum merupakan parti masyarakat Cina paling dominan di Malaysia.
Berdekad lamanya, perseteruan antara kedua parti ini menjadi kayu pengukur dalam polemik politik negara yang mana kedua-duanya adalah wakil kepada gagasan terbesar parti di Malaysia. Mereka juga telah diuji keberkesanannya sama ada di peringkat kerajaan mahu pun pembangkang.