PRN Johor: Aspirasi Pejuang tumpu golongan muda
Iklan
SHAH ALAM - Aspirasi atau manifesto Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor banyak menumpukan kepada golongan muda di negeri tersebut.
Calon Pejuang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, Abdul Azim Abdul Malek menyifatkan aspirasi tersebut mencakupi keseluruhan, kemahuan dan kehendak anak muda seperti peningkatan ekonomi, peluang pekerjaan dan mengembangkan pertanian.