'Amanah ibarat seorang bapa, berkorban demi potensi Muda'
Iklan
JOHOR BAHRU - Parti Amanah Negara (Amanah) Johor mengakui parti itu berkorban ibarat seorang bapa, semata-mata untuk menyerahkan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bagus, demi menyerlahkan potensi Parti Ikatan Demokratik Muda (Muda).
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, apabila seorang 'anak' seperti Muda berpotensi menjadi bintang bola sepak seperti Cristiano Ronaldo mahu pun Pele, Amanah perlu berfungsi sebagai seorang bapa untuk memberikan 'kasut bola sepak' terbaik kepada anak itu.