Syor denda RM20,000 YB mencarut dalam Parlimen
Iklan
Rais berpendapat banyak kes sudah berjaya diselesaikan, namun rasuah belum habis
[MUKADIMAH] Pelbagai syor penambahbaikan sistem Parlimen telah diutarakan Tan Sri Dr Rais Yatim sejak menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara, antaranya mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen serta pindaan Akta Kuasa dan Keistimewaan Parlimen 1952.
Beliau berkata, akta tersebut sedang dipinda dengan mengenakan kadar bayaran denda lebih tinggi kepada ahli yang ingkar arahan Parlimen, sekurang-kurangnya RM20,000 atau penjara selama beberapa hari.