8 tahun menanti dan masih berharap
Iklan
Waris anak kapal dan penumpang mahu misi mencari diteruskan
SHAH ALAM – Waris kepada anak kapal Penerbangan MH370, Malaysia Airlines (MAS) yang hilang secara misteri lapan tahun lalu masih mengharapkan keajaiban agar pesawat itu ditemui sekali gus menjawab segala teka-teki dan teori pelbagai pihak selama ini.
Bagi dua waris anak kapal dan penumpang pesawat itu, mereka tidak berharap banyak, sebaliknya hanya mahu pencarian kapal berkenaan menemui titik noktah.