Isu mahkamah tidak seharusnya jadi modal kempen pilihan raya
Iklan
SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berpendapat isu mahkamah tidak seharusnya menjadi modal dalam kempen pilihan raya kerana negara mempunyai sistem pengasingan kuasa.
Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kempen politik ketika ini seharusnya lebih matang yang menjurus kepada isu-isu seperti pembangunan dan ekonomi.