Ayah inspirasi juruterbang wanita AirAsia
Iklan
Biarpun sudah enam tahun bekerja, Safia Amira masih lagi berasa seronok dan teruja setiap kali memandu kapal terbang.
SHAH ALAM - Apabila kita sebut tentang cita-cita sebagai seorang juruterbang, pastinya ia lebih menarik minat lelaki. Namun berbeza pula bagi wanita berumur 30 tahun ini, apabila cita-cita ingin menjadi seorang juruterbang tercetus sejak berusia tujuh tahun.
Juruterbang Kanan AirAsia Malaysia, Safia Amira Abu Bakar berkata, dia mula mengimpikan untuk menjadi seorang juruterbang kerana ingin mengikut jejak langkah ayahnya, juga seorang juruterbang berpengalaman di syarikat yang sama.