Peniaga tarik nafas lega
Iklan
Susulan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April
KUALA LUMPUR - Pengusaha dan operator pelancongan menarik nafas lega apabila bakal menerima kembali kunjungan pelancong asing selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara akan dibuka bermula 1 April depan.
Menurut seorang peniaga di Pasar Seni di sini, Siti Saleha, 60, menyambut baik keputusan kerajaan berikutan hampir 90 peratus pengunjung lokasi pelancongan itu terdiri daripada pelancong asing.