Survival Pejuang tanpa Dr Mahathir sebagai ahli Parlimen
Iklan
SHAH ALAM - Pengumuman Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menimbulkan persoalan adakah anaknya, Datuk Seri Mukhriz mampu menggalas tanggungjawab untuk memastikan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) terus kekal relevan.
Ini kerana, pengaruh kuat Dr Mahathir adalah salah satu punca Pejuang dilihat setanding parti lain seperti Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti dalam Pakatan Harapan (PH).