Selepas dua kali turun padang, Hadi yakin PN mampu menang di Johor
Iklan
Keyakinan beliau itu dibuat bersandarkan kepada reaksi positif diberikan oleh pengundi dan penduduk Johor kepada ikrar pilihan raya dilancarkan PN baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Pas optimis Perikatan Nasional (PN) mampu mencapai kemenangan dan membentuk kerajaan baharu di Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tamat, pada Sabtu ini.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan reaksi positif diberikan oleh pengundi dan penduduk Johor kepada ikrar pilihan raya dilancarkan PN, baru-baru ini.