‘Pilihlah yang terbaik, bukan kerana dek kertas ringgit’
Iklan
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor yang akan melabuhkan tirai pada 12 Mac ini dilihat semakin panas apabila pelbagai dakwaan mula timbul.
Sepertimana siri pilihan raya yang terdahulu, sogokan atau permainan wang menjadi isu utama kempen. Mengapa ia berlaku? Adakah kerana ia sentiasa relevan atau strategi paling berkesan untuk memancing undi?