Robohnya ‘tembok besar’di tangan Tun Abdul Razak
Iklan
Usaha Allahyarham pastikan hubungan diplomatik Malaysia-China tercapai
"NAMA Malaysia menjadi harum di seluruh dunia dan keharuman ini tidak pernah mencapai ke peringkat tinggi seperti yang ada sekarang,” kata Tun Abdul Razak Hussein sekembalinya dari China.
Peristiwa penting negara pada tahun 1974 itu merupakan antara catatan sejarah yang mungkin jarang didengari oleh generasi kini apabila Perdana Menteri kedua itu berjaya menongkah arus dan meruntuhkan ‘tembok besar’ yang menghalang hubungan antara Malaysia dan China.