Jom pengundi bangsa Johor balik mengundi esok
Iklan
PRN kali ini penting bagi membolehkan mereka memilih wakil rakyat dan pemimpin yang bakal memimpin kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
SHAH ALAM - Semua majikan diminta memberikan perlepasan sekurang-kurangnya setengah hari atau membenarkan pekerja mereka pulang lebih awal bagi membolehkan rakyat Johor menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memilih wakil rakyat mereka sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), pada Sabtu ini.
Bekas Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, beliau juga berharap semua pengundi di luar Johor mahu pun luar daerah supaya dapat memanfaatkan cuti hujung minggu pada hari Sabtu untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing.