Adakah Muda dapat takluk DUN Puteri Wangsa?
Iklan
Faktor pemilikan kerusi dan komposisi kaum dijangka membantu calonnya meraih kemenangan pada Sabtu ini, kata Dr Awang Azman
SHAH ALAM - Berbaki kurang 24 jam, percubaan pertama kali Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), parti dipimpin Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal terjawab pada Sabtu.
Pemerhati politik melihat peluang menang bagi Muda yang bertanding di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hanya satu kawasan iaitu DUN Puteri Wangsa melalui calonnya yang juga setiausaha agung, Amira Aisya Abd Aziz, 27.