14 daripada 37 calon wanita berjaya pikat hati pengundi
Iklan
SHAH ALAM - Debaran keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 sudah berakhir dan kita menyaksikan 14 daripada 37 calon wanita berjaya memikat hati pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu.
Antara DUN yang dimenangi oleh kuasa golongan hawa itu adalah DUN Johor Lama, DUN Serom, DUN Tenang, DUN Parit Raja, DUN Pasir Raja, DUN Penawar, DUN Mahkota, DUN Kemelah dan DUN Sungai Balang yang diwakili oleh Barisan Nasional (BN).