'Tidak calonkan saya satu kesilapan besar Pas'
Iklan
SHAH ALAM - Calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep menyifatkan kegagalan Pas mencalonkan beliau kembali bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu sebagai satu 'kesilapan besar'.
Jelas bekas ADUN Pas itu, sekiranya Pas dan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan kepercayaan kepada beliau, kerusi DUN itu sudah pasti mampu dipertahankan koalisi itu dengan majoriti hampir 2,000 undi berdasarkan gabungan jumlah undi diterimanya dan calon PN, Mohd Nor Iqbal Razak yang juga Ketua Pemuda Pas kawasan Pagoh.