TNB jelas notis 'maklum balas rumah berkunci'

Iklan
Hantaran notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ yang tular dalam media sosial baru-baru ini merupakan hantaran lama yang ditularkan semula.

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ yang tular di media sosial baru-baru ini adalah hantaran lama yang ditularkan semula.

TNB menerusi kenyataan hari ini menjelaskan, notis tersebut tidak lagi diguna pakai dan telah digantikan dengan ‘Notis Maklum Balas Premis Berkunci’ bermula 2017.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, notis berkenaan dikeluarkan oleh Unit Perjangkaan Kuala Lumpur pada 2016 sebagai prosedur biasa apabila pembaca jangka TNB tidak dapat mengakses meter disebabkan pintu pagar berkunci atau halangan lain,” katanya.

Gambar notis itu kembali tular di media sosial yang mendakwa ia adalah satu cara yang digunakan oleh perompak.

Iklan

Susulan itu, pengguna dinasihatkan agar tidak berkongsi"posting” tersebut kerana ia telah menyebabkan gangguan kepada pegawai yang namanya tertera di notis berkenaan

Sehubungan itu, TNB menasihatkan pengguna menghubungi TNB CareLine di talian 1300-88-5454.

Iklan