Apa yang boleh kita pelajari daripada PRN Johor...
Iklan
ADA banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang baharu sahaja selesai semalam.
Yang paling jelas dan menonjol ialah di sebalik kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), jumlah undi keseluruhan yang diperolehnya cuma 599,753 daripada 1,426,573 orang yang keluar mengundi.