Hasni cadang pemimpin muda pimpin Johor, Onn Hafiz jadi MB?
Iklan
SHAH ALAM - Kejutan demi kejutan terus berlaku pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Terkini, bekas Exco Belia, Sukan dan Pelancongan negeri itu, Datuk Onn Hafiz Ghazi disebut-sebut bakal menggantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar baharu.