PRN Johor: Ini fakta menarik yang perlu anda tahu
Iklan
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 sudah pun melabuhkan tirainya Sabtu lalu dengan 1,426,573 daripada 2,597,742 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dari segi peratusan, ini bermakna hanya 54.9 peratus pemilih turun mengundi. Berbanding tiga lagi PRN yang diadakan dalam tempoh dua tahun lalu, PRN Johor adalah yang paling rendah.