[EKSKLUSIF] ‘Usaha selamatkan MN temui jalan buntu’
Iklan
KUALA LUMPUR - UMNO menegaskan gagasan Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan bersama Pas demi kesatuan dan kemaslahatan ummah empat tahun lalu kini semakin sukar diselamatkan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan MN, namun menemui jalan buntu kerana sikap pemimpin Pas.