[EKSKLUSIF] Tiada alasan kerajaan mahu halang pencarum KWSP keluarkan RM10,000
Iklan
Perwakilan UMNO dijangka gunakan PAU desak Perdana Menteri luluskan pengeluaran RM10 ribu dari akaun KWSP
[EKSKLUSIF] KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memberikan alasan lebih logik dan praktikal mengapa Kementerian Kewangan enggan meluluskan pengeluaran RM10,000 secara 'one-off' biarpun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebenarnya memiliki dana mencukupi melebihi RM1 trilion atau RM1,000 bilion ringgit sekarang.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana pengeluaran RM10,000 daripada akuan KWSP itu penting kerana masih ramai rakyat terkesan akibat penularan Covid-19 dan memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup termasuk menjelaskan bayaran tunggakan sewa rumah, pinjaman bank, membeli keperluan harian, peralatan sekolah anak serta banyak lagi.