25,953 undi rosak angka 'luar biasa'
Iklan
Firma penyelidikan IDE mendedahkan data analisis mereka mendapati pengundi Cina terbukti paling kurang mengundi pada PRN Johor
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjalani satu kajian khusus bagi mengenal pasti punca utama jumlah undi rosak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu sangat tinggi dan luar biasa sehingga mencecah 25,953 pemilih.
Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Ariffin Mohd Munir berkata, analisis pihaknya mendapati jumlah peratusan undi rosak adalah berjumlah satu peratus daripada keseluruhan 2,597,743 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRN itu.