Sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita: Dira
Iklan
SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berharap agar sekurang-kurangnya 30 peratus kerusi Parlimen akan diberikan kepada calon wanita Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut beliau, keseimbangan antara calon lelaki dan wanita untuk bertanding pada PRU15 bagi parti tersebut perlu dipandang berat oleh pemimpin UMNO.