PRN Melaka, Johor petunjuk undi Melayu pada PRU15
Iklan
JIKA keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan mengenai pendirian orang Melayu pada masa ini terhadap parti-parti politik di Malaysia, keputusan PRN Johor mengesahkan apa yang ditunjuk oleh keputusan PRN Melaka itu.
Melihat bilangan parti-parti yang mengharapkan undi orang Melayu dan bilangan calon-calon Melayu yang bertanding di sesuatu kawasan yang lebih ramai daripada di Melaka itu, amat mengecewakan. Ia menunjukkan pemimpin-pemimpin parti-parti Malay based itu langsung tidak kisah jika tindakan mereka akan memberi kemenangan semula kepada Pakatan Harapan dan apa akan terjadi kepada orang Melayu/Islam. Yang menjadi pertimbangan hanyalah kepentingan parti dan diri.