Mandat rakyat perlu dikembalikan: Pemuda
Iklan
Perwakilan UMNO dijangka guna PAU untuk desak PM bubar Parlimen secepat mungkin
[MUKADIMAH] Barisan Nasional (BN) melakar sejarah apabila menang besar dengan majoriti melebihi dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu lalu. Pencapaian tersebut mengulangi kejayaan BN dalam PRN Melaka pada November lalu.
Berikutan dua kejayaan besar itu, timbul suara dan desakan secara terang-terangan mahu pimpinan tertinggi UMNO mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin.