Adakah Malaysia sudah berganjak daripada politik Tun M-Anwar?
Iklan
SEMUA sedia maklum keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menutup tirai persaingan pada Sabtu lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) kembali mendominasi undi pengundi Johor.
Kemenangan meraih 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan sekali gus menundukkan cita-cita barisan jentera pembangkang terutamanya Pakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk merampas negeri kelahiran parti UMNO itu.