UMNO mungkin terus bergerak solo tanpa MN pada PRU15
Iklan
SHAH ALAM - Setelah kejayaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN), UMNO berkemungkinan besar akan terus bergerak secara solo menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Bendahari Pemuda UMNO, Johari Yazid.
Bagaimanapun katanya, pucuk pimpinan tertinggi parti yang akan membuat satu keputusan muktamad sama ada Muafakat Nasional (MN) bersama sekutunya, Pas akan diteruskan atau sebaliknya.