'Sukar jadikan Perlis sifar penyeludupan'

Iklan
Datuk Surina Saad

KANGAR - Polis Perlis mengakui sukar untuk menjadikan negeri itu sebagai sifar kes penyeludupan berikutan kedudukannya di kawasan sempadan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, setiap hari polis negeri itu mencatat nilai rampasan barangan seludup membabitkan daun ketum di antara 200 hingga 300 kilogram selain rokok yang mendapat permintaan tinggi kerana harga yang murah.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, dalam tempoh 83 hari berkhidmat di Perlis pihaknya telah merampas rokok seludup bernilai RM160,000.

"Negara kehilangan RM5 bilion setiap tahun akibat kegiatan menyeludup rokok tetapi polis sentiasa komited menjalankan operasi tanpa gagal setiap hari kerana mahu aktiviti itu dibanteras," katanya ketika sidang media di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Perlis di sini hari ini.

Iklan

Katanya, susulan itu pihak polis khususnya di negeri utara Semenanjung Malaysia ini akan meneruskan siasatan berdasarkan tangkapan dan akan mengambil tindakan lanjut.

"Sebelum ini, kita hanya berjaya melakukan rampasan tanpa tangkapan tetapi atas usaha yang berterusan kita berjaya lakukan tangkapan," katanya.

Iklan