'Pembangkang bergabung dengan PN, bolehkah DAP terima Pas?'
Iklan
KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) skeptikal pelaksanaan khemah besar pembangkang yang turut melibatkan Perikatan Nasional (PN) mampu direalisasikan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutama DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, di sebalik tersebar luas spekulasi kerjasama PH, PN dan parti pembangkang lain sedang giat diperkatakan, beliau melihat PH tidak menunjukkan kesudian secara terbuka untuk mengejar perkara itu.