Dashcam, keperluan untuk semua kenderaan
Iklan
Berfungsi sebagai kotak hitam jika berlaku perkara tidak diingini
SHAH ALAM - Kamera papan pemuka kenderaan atau dashcam umpama kotak hitam pesawat kerana berkeupayaan merekod pelbagai situasi kejadian di jalan raya.
Menurut seorang penjawat awam, Ahmad Shahir Jaafar Sidik, 38, penggunaan peranti itu bukan lagi kehendak tetapi satu keperluan bagi setiap kenderaan.