‘Sanggup tunggu seminggu di laut’
Iklan
Tekad PATI dari Indonesia untuk mencari rezeki di Malaysia
SHAH ALAM - Pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia sanggup tinggal dan bekerja di atas bot nelayan sehingga tujuh hari di sempadan perairan negara sebelum mendarat.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 (Bn4) Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, modus operandi terbaharu sindiket penyeludupan berkenaan adalah dengan menempatkan PATI tersebut ke dalam bot nelayan tempatan.