Awas! Kerja palsu di media sosial
Iklan
Sindiket tawar kerja dari rumah menggunakan platform e-dagang kononnya boleh mendapat duit sampingan dalam tempoh singkat
KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan sentiasa ‘berinovasi’ untuk memanipulasi emosi dan kepayahan masyarakat.
Hal ini terbukti apabila wujud penipuan tawaran kerja yang mula dikesan sejak awal tahun lalu dengan menyasarkan masyarakat yang mahu mencari wang sampingan akibat terkesan ketika Covid-19.