Pembangkang perlu bertindak sekarang
Iklan
Pembangkang perlu bertindak sekarang bagi menentang dan menghadapi BN dalam PRU15
PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang perlu bertindak sekarang dalam menentang dan menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat Johor dan Melaka telah memberikan isyarat yang sangat jelas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, iaitu pembangkang perlu bersatu hati jika ingin melawan BN.