Tindakan pembangkang ‘memakan diri sendiri’ jika MoU dibatalkan
Iklan
SHAH ALAM - Kemenangan pembangkang di Dewan Rakyat merupakan tindakan ‘backfire’ kepada barisan ahli Parlimen blok tersebut ekoran telah meletakkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik menjadi isu perdebatan bersama kerajaan.
Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Aizuddin Mohd Sani berpendapat, tindakan mereka itu dilihat ‘memakan diri sendiri’ sekiranya kerajaan bertindak membatalkan MoU berkenaan sekali gus melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.