Rakyat Malaysia terlebih makan
Iklan
Pengambilan makanan yang banyak salah satu punca penyakit buah pinggang
SHAH ALAM - Kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini bukan saja didapati mengamalkan cara hidup tidak sihat, malah makan terlalu berlebihan sehingga mengundang pelbagai masalah kesihatan, termasuk sakit buah pinggang.
Pakar Nefrologi Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Muhammad Iqbal Abdul Hafidz berkata, boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia makan tidak kurang daripada lima kali dalam sehari.