Menilai pencapaian DSA
Iklan
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan melawat pameran DSA dan NATSEC 2022 di MITEC, Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Bernama
PAMERAN dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia yang lebih dikenali sebagai DSA di peringkat global kini berlangsung di sebuah pusat pameran terkemuka di Kuala Lumpur. Ia diadakan serentak dengan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022.
DSA dan NATSEC 2022 adalah pameran antarabangsa pertama serta terbesar selepas global dilanda pandemik. Kedua-duanya dijangka bakal menerima sehingga 25,000 pengunjung termasuk 4,800 pengunjung antarabangsa terdiri daripada delegasi, pakar bidang dan media antarabangsa.