Sinar Premium kini berkonsep pay per view
Iklan
Serendah 50 sen untuk satu artikel dan RM1 bagi menonton video eksklusif di portal berita berkenaan
SHAH ALAM - Portal Sinar Premium kini tampil lebih fleksibel selepas memperkenalkan konsep pay per view serendah 50 sen untuk satu artikel dan RM1 bagi menonton video eksklusif di portal berita itu sejak Isnin.
Ketua Pengarang dan Ketua Pegawai Pengisian Kumpulan Sinar Karangkraf, Rozaid Rahman berkata, dengan memberi alternatif langganan per artikel, pembaca mempunyai pilihan untuk memilih dan membayar berita yang mereka mahu baca sahaja.