Tidak wajar ‘bailout’ Sapura Energy
Iklan
Biar syarikat itu tersenarai kategori PN17 sebelum dibuat penstrukturan semula untuk elak pembaziran dana rakyat
SHAH ALAM - Pada saat cadangan menyelamatkan syarikat Sapura Energy Berhad semakin hangat diperdebatkan, seorang ketua pusat penyelidikan dasar dan sosioekonomi negara berpandangan solusi ‘bailout’ itu tidak wajar dilaksanakan kerajaan.
Sebaliknya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menegaskan satu bentuk penyiasatan forensik menyeluruh perlu dilakukan ke atas syarikat itu bagi mengenal pasti punca ia berdepan krisis kejatuhan terburuk ketika ini.