Ketibaan Ramadan paling mencabar
Iklan
Krisis Rusia-Ukraine jejaskan persiapan sambut puasa di Asia Barat dan Afrika
BEIRUT - Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah memburukkan lagi krisis makanan di rantau Afrika dan Asia Barat sekali gus menjejaskan persiapan untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mungkin bakal menyaksikan langkah ‘berjimat cermat’ perlu diamalkan pada tahun ini.
Dari Lubnan hingga ke Somalia, umat Islam yang biasanya berbuka puasa dengan menu hidangan yang mewah kini bergelut untuk mendapatkan bekalan asas berikutan kenaikan harga makanan dan bahan api sejak beberapa minggu lalu.