Mampukah Tun M 'maafkan' Muhyiddin sebagaimana Anwar, Kit Siang 'maafkan' beliau
Iklan
BUKAN rahsia lagi, hubungan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ibarat kaca berderai susulan Langkah Sheraton pada Februari 2020.
Ibarat ditikam dari belakang, negarawan yang membawa Pakatan Harapan (PH) ke Putrajaya tetapi dikhianati parti sendiri, kesannya kepada Dr Mahathir tentu sangat mendalam.