Ismail Sabri Yaakob selepas 7 bulan
Iklan
SELEPAS tujuh bulan (21 Ogos 2021) mengambil alih teraju kepimpinan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO berjaya mengubah persepsi ke atas gaya pentadbiran beliau. Ada beberapa suara yang menyatakan Putrajaya tidak seiringan dengan suara Perhimpunan Agung UMNO (PAU), PWTC.
Kronologi bagaimana beliau dilantik menjadi Perdana Menteri barangkali menimbulkan polemik dan ia termasuk satu kerjasama politik luar biasa antara parti-parti dalam kerajaan dan pembangkang. Intraparti masih menimbulkan dilema dan persefahaman dengan pembangkang dipersoalkan, namun nada yang tenang dengan jelas menyatakan"saya orang parti; darah saya darah UMNO”.