Normalisasi lebih utama
Iklan
RAMAI orang mengeluh di media sosial dan berdukacita dengan kejatuhan taraf Malaysia, berbanding negara-negara jiran dalam banyak lapangan. Ia tidaklah menghairankan, malah sudah dapat dijangka berikutan rampasan kuasa Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020.
Hari itu adalah hari Malaysia hilang status negara demokrasi di mata sebahagian besar dunia apabila kerajaan yang dipilih melalui peti undi dijatuhkan oleh konspirasi. Peristiwa itu sahaja sudah cukup mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur dan agensi penarafan antarabangsa sehingga mereka menurunkan taraf Malaysia dalam senarai mereka.