PH sukar menang PRU15, kata Rafizi
Iklan
Bekas Naib Presiden PKR akui pandangannya tidak popular tetapi ajak blok pembangkang realistik dan jadi pembangkang bermaruah
KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berpandangan adalah lebih realistik partinya dan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk menjadi pembangkang bermaruah berbanding berkeyakinan terlalu tinggi untuk menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mengakui pandangan itu tidak popular dalam kalangan pemimpin PH, Rafizi bagaimanapun menegaskan koalisi itu tidak boleh bersikap 'in denial' pada saat rakyat sendiri tidak menyakini keupayaan mereka memenangi PRU15 yang semakin hampir.