Harga juadah popular meningkat
Iklan
Menu ayam golek paling banyak mencatatkan kenaikan sehingga cecah RM27 seekor
SHAH ALAM - Kebanyakan harga juadah popular di bazar Ramadan menunjukkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lepas.
Tinjauan Sinar Harian di Bazar Ramadan Kompleks PKNS Shah Alam di sini, mendapati kenaikan itu melibatkan hampir kesemua juadah antaranya roti john, martabak, kuih talam, tepung pelita, lepat pisang, puding karamel, masakan ayam dan ikan.